Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Malaysia sertai BRICS, beberapa negara ASEAN tunjuk minat - PM

2024-10-15 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sidang kemuncak ASEAN di Laos baru-baru ini/Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,15 Oktober - Beberapa negara ASEAN turut menunjukkan minat untuk menyertai kesatuan ekonomi dipelopori Brazil,Russia,India,China dan Afrika Selatan (BRICS),kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata,hasrat itu dinyatakan selepas Malaysia mahu menjadi sebahagian daripada blok ekonomi kesatuan BRICS.

"Asas ekonomi menjadi ukuran atau kriteria utama dan kita tidak mahu ASEAN menjadi gelanggang percaturan atau pertembungan kuasa-kuasa besar.

"Dahulunya,Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet dan sekarang AS dengan China. Hubungan kita dengan China akan terus ditingkatkan dan apabila kita mendekati BRICS,beberapa negara ASEAN turut mengambil keputusan yang sama," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Amirudin Shari mengenai pendekatan akan digunakan Malaysia pada masa hadapan bagi memastikan kestabilan ASEAN dipelihara di saat menangani masalah geopolitik seperti hubungan China dan AS serta isu yang berlarutan dalam ASEAN.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap