Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

RTM guna khidmat robot 'Fiona' dalam Siaran Langsung Belanjawan 2025

2024-10-17 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,17 Oktober - Elemen futuristik dan teknologi canggih antara kelainan yang akan dibawa RTM menerusi Siaran Langsung Belanjawan 2025,esok.

Elemen pertama kali ditonjolkan akan menampilkan pengacara bukan manusia 'Fiona' yang akan mengemudi siaran berkenaan.

Penerbit Siaran Langsung Belanjawan 2025 Shahril Sarapudin berkata,ia antara kelainan yang dibawa menerusi RTM selain memenuhi aspirasi kerajaan untuk mengintegrasikan elemen Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi dalam penyiaran.

Selain 'Fiona',RTM turut menampilkan pengacara Ismail Adnan dan Raja Suefia.

"Robot ini boleh bergerak dan bercakap,malah paling menarik sekali,ia mampu mengambil tugas seorang pengacara. Terdapat beberapa segmen utama (ketika siaran langsung) memerlukan robot ini menemu bual penganalisis dan para pemain industri yang kita bawakan. Sementara terdapat segmen lain yang akan menggabungkan pengacara RTM Ismail Adnan dan Raja Suefia Raja Arif."

Penerbit bersama Fiona Benard memberitahu,program tersebut turut disiarkan dalam dua bahasa,iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

"Belanjawan 2025 kali ini juga bukan sahaja dalam bahasa melayu tetapi juga dalam bahasa inggeris yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2. Belanjawan 2025 dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris ini bukan sahaja boleh ditonton di kaca televisyen tetapi juga melalui platform media sosial." katanya.

Segmen-segmen lain juga akan ditampilkan menggunakan grafik interaktif imej janaan komputer (CGI) kepada penonton.

Siaran tersebut akan berlangsung esok,bermula pukul 3.00 petang yang disiarkan di TV1 dan TV2.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap