2024-10-20 HaiPress
Datuk Ahmad Farhan (kanan) mewakili Datuk Seri Anwar menyampaikan sumbangan kepada Datuk Ariff Sabri
KUALA LUMPUR,20 Oktober - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada mantan Ahli Parlimen Raub,Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz yang kini menjalani rawatan pemulihan akibat serangan angin ahmar.
Sesi Ziarah Madani tersebut dikongsikan Datuk Seri Anwar menerusi catatan di Facebooknya,hari ini.
"Saya mendoakan agar Datuk Aliff segera sembuh serta diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan. Segala jasa beliau terhadap masyarakat akan sentiasa dikenang dan dihargai," ujar Datuk Seri Anwar.
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Ahmad Farhan Fauzi bagi meringankan beban kos rawatan pemulihan selain menyatakan sokongan moral kepada Datuk Ariff dan keluarga.