2024-10-25 HaiPress
Foto Fail
IPOH,25 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal dengan 17 orang,setakat pagi ini.
Tiga keluarga itu masih berlindung di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Hilir Perak.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan,kesemua penduduk berlindung ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus.
Mereka adalah penduduk dari Kampung Sungai Tungku,Kampung Parit 12,Kunci Air 4 serta Kampung Permatang Pelanduk yang ditempatkan di PPS itu sejak seminggu lepas.
Sementara itu,PPS Dewan MPTI Langkap di Hilir Perak dan Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor di Perak Tengah telah ditutup petang semalam selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.