2024-10-25 HaiPress
Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,25 Oktober- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan kakitangan Baginda di sebuah restoran di Kuala Lumpur,hari ini.
Menurut catatan di facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,dalam suasana penuh mesra,Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.
"Rakyat juga teruja berpeluang bertemu secara langsung dengan Seri Paduka Baginda.
"Selepas selesai menikmati santapan pagi,Yang di-Pertuan Agong kemudian berkenan berjalan kaki meninjau kebersihan dan keadaan persekitaraan di sekitar kawasan ibu kota",menurut catatan itu.
Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap kebersihan serta kesejahteraan persekitaran awam,sejajar dengan usaha memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan teratur.