Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Letupan, gegaran di Ipoh: Polis akan adakan mesyuarat khas, cari punca insiden

2024-10-26 HaiPress

Foto RTM

IPOH,25 Oktober-Satu mesyuarat khas akan diadakan bersama Polis Perak dengan 20 agensi terdiri daripada sektor awam dan swasta,pada Selasa ini.

Ia bagi membincangkan dan mencari punca letupan serta gegaran yang berlaku di beberapa kawasan sekitar bandar raya Ipoh,pada Isnin lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata,agensi-agensi terbabit akan membentangkan laporan masing-masing berhubung kejadian letupan serta gegaran itu.

"Untuk kita rungkai apakah puncanya dan apakah tindakan susulan bagi beri jaminan kepada rakyat Negeri Perak tidak perlu khuatir ataupun kita akan ambil langkah-langkah ke hadapan selepas ini bagi menentukan apa juga sebarang gegaran akan dapat dikesan",katanya demikian kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Pada Isnin lepas,satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar Ipoh antaranya di Tasek,Stadium Perak,Meru,Falim dan Manjoi serta pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora sekitar pukul 11 pagi.

Gegaran yang berlaku dalam tempoh beberapa saat itu turut disusuli dengan bunyi dentuman yang kuat hingga mengakibatkan orang ramai terkejut dan cemas.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap