Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

DBKL mula kajian geoteknikal di ibu kota - Zaliha

2024-10-27 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA,26 Oktober- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kajian geoteknikal secara mendalam di kawasan segi tiga emas di ibu kota,mulai tahun depan.

Usaha itu sebagai langkah susulan terhadap insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India,Ogos lalu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Dr. Zaliha Mustafa,sebanyak RM10 juta diperuntuk untuk tujuan kajian berkenaan.

"Kajian geoteknikal sebelum ini memang dilaksanakan tetapi kita lakukan biasanya di kawasan yang bercerun. Namun,kali ini kita juga mewajibkan kajian teknikal dikemukakan daripada pemaju sebelum kita meluluskan apa-apa kebenaran merancang.

Jadi,tidak kira kawasan itu adalah tempat bercerun,kawasan lapang,di tanah rata atau pun di mana-mana sahaja di Kuala Lumpur,kita khususkan mereka untuk kemuka kajian geoteknikal," kata Dr. Zaliha kepada pemberita pada Program Pemantapan Pengurusan Hartanah WP Putrajaya 2024,hari ini.

Tegasnya,langkah itu akan mengurangkan risiko bahaya pada masa hadapan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap