Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Deepavali: 1,534 anggota dan pegawai digerakkan pantau keselamatan

2024-10-27 HaiPress

Ketua Polis Johor,Datuk M.Kumar

JOHOR BAHRU,26 Oktober- Polis Johor mengatur gerak seramai 1,534 anggota dan pegawai bertugas sempena sambutan Deepavali,hujung minggu ini.

Daripada jumlah itu,95 pegawai dan anggota polis ditugaskan di dua pintu masuk negara iaitu di Kompleks Kastam,Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB),Johor untuk mengatasi kesesakan.

Ketua Polis Johor,Datuk M.Kumar berkata selain penugasan dan pemantauan di lapangan,pihaknya turut menasihatkan mereka yang pulang ke kampung halaman memanfaatkan aplikasi volunteer smartphone patrol (VSP) bagi pencegahan jenayah di kediaman masing-masing.

"Kita akan memantau dan memastikan kawasan perumahan yang ditinggalkan selamat. Kita lipat gandakan rondaan.

Sehingga kini,kita ada lebih kurang 80 orang telah menghantar VSP dan borang," kata M. Kumar kepada pemberita selepas mengadakan tinjaun di Bazaar Deepavali,di sini.

Dalam sidang media sama,beliau turut memaklumkan tiada tangkapan suspek baharu dalam kes culik seorang ahli perniagaan di daerah itu,13 Oktober lalu.

Siasatan masih dijalankan terhadap 13 individu yang ditahan sebelum ini termasuk mereka yang direman sehingga 29 Oktober ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap