2024-10-31 HaiPress
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,31 Oktober- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat Deepavali tahun ini mampu membawa Malaysia ke arah cahaya lebih bergemerlapan serta menjadi titik tolak bagi capai kesejahteraan bersama serta meningkatkan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan.
"Kita tahu semangat Deepavali inilah perayaan cahaya iaitu menyemarakkan lampu cahaya menggantikan kegelapan.
"Jadi ada sejarahnya yang kita harus rakyat Malaysia umumnya tahu bahawa sambutan ini ada tujuannya untuk menyatakan bahawa hidup ini lebih daripada sekadar makan minum,kesejahteraan bersama tetapi untuk meneruskan perjuangan ke arah kebaikan,ke arah keadilan,masa depan yang lebih baik",katanya.
Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024.
Turut hadir,Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Menteri Digital Gobind Singh Deo,Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,serta menteri-menteri dan timbalan menteri.