Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Insiden renjatan elektrik: Tindakan lanjut berdasarkan laporan pasukan khas

2024-11-04 HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke / Foto Bernama

KUALA LUMPUR,4 November – Tindakan susulan berhubung insiden renjatan elektrik melibatkan seorang remaja dalam bas ekspres akan ditentukan berdasarkan laporan lengkap pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden itu.

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan dari hasil siasatan tersebut.

“Kita akan mengkaji semula isu keselamatan ini dan sekiranya perlu,syarat-syarat tambahan terhadap bas yang menyediakan kemudahan USB akan diperkenalkan.

"Setakat ini,pasukan khas diberikan masa dua minggu untuk menyediakan laporan penuh kepada Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengumuman Dasar Penggunaan Kenderaan NGV di Stesen Petronas Cochrane Perkasa,di sini.

Loke pada Ahad memaklumkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah dibentuk bagi menyiasat kejadian tersebut.

Jumaat lalu,seorang remaja lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di soket bas ekspres dalam kejadian di Pulau Pinang.

BERITA BERKAITAN:

Insiden renjatan elektrik,Kementerian Pengangkutan tubuh pasukan petugas khas

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap