Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor akan beroperasi pertengahan tahun hadapan

2024-11-05 HaiPress

Foto RTM

KUANTAN,5 November - Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Paya Bungor di Kuantan dijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun hadapan,setelah hampir 10 tahun ditutup pada Mei 2015 bagi memberi laluan kerja-kerja bina baru dan naik taraf.


Pusat latihan yang memfokuskan kursus jangka panjang seperti kursus Jahitan Pembuat Pakaian Wanita dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 sehingga Tahap 4 itu,bakal memberi manfaat kepada belia masyarakat orang asli.


Menurut Ketua Pengarah JAKOA,Datuk Sapiah Mohd Nor,kursus jangka pendek akan turut dilaksanakan di kompleks latihan itu,termasuk kursus pemerkasaan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam kalangan masyarakat tersebut.


"Di sini fokus adalah jahitan kursus jahitan tapi menyambut seruan Yang Amat Berhormat,Datuk Seri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW,kita akan adakan juga kursus singkat penumpuan TVET untuk masyarakat orang asli mendalamkan kemahiran mereka yang memang sedia ada.

"Selain kursus sedia ada contohnya,kita adakan kursus kesihatan kursus membaiki bot,bengkel kursus pendek seperti kecantikan dan masakan serta lain-lain," katanya pada majlis Penyerahan Kunci Dan Pengoperasian Pusat Latihan Jakoa Paya Bungor,di sini hari ini.


Untuk rekod,seramai 530 orang pelatih lepasan Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor telah mengikuti Kursus Jahitan Pembuat Pakaian Wanita di pusat latihan itu bermula tahun 1999.


Manakala,pengambilan pelatih baharu dijangka akan mula dilaksanakan pada pertengahan Jun 2025 dengan kuota peserta seramai 75 orang pelatih bagi setiap sesi.


Pusat latihan yang berkeluasan 6.07 hektar itu turut dilengkapi Blok Pentadbiran,Blok Kuliah,Blok Bengkel Usahawan,Blok Penginapan,Dewan Makan,Surau,Kuarters dan Dewan Besar dengan kos kerja naik taraf berjumlah RM26 juta.


Pusat latihan berkenaan juga merupakan pusat sehenti pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan lengkap kepada belia Orang Asli untuk mengikuti latihan dan kursus ditawarkan kepada mereka dengan kos latihan ditanggung sepenuhnya oleh pihak JAKOA.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap