2024-11-08 HaiPress
Foto RTM
KUALA LUMPUR,7 November- Pendirian neutral negara ASEAN kepada Amerika Syarikat (AS) berpotensi menarik dana asing untuk mengalihkan semula portfolio pelaburan ke rantau ini.
Menurut Rakuten Trade Research,pasaran China dan Hong Kong berkemungkinan bertindak balas negatif terhadap keputusan pilihan raya negara itu.
Ini akan mendorong peralihan pelabur ke pasaran Asia,dengan Malaysia antara destinasi pilihan.
Sektor utama yang dijangka menjadi tumpuan perbankan,telekomunikasi,utiliti,pembinaan dan perladangan susulan kenaikan harga minyak sawit mentah.
Firma penyelidikan itu turut mengekalkan sasaran FBM KLCI tahun ini pada paras 1,780 mata,berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan 16.8 kali pada pertumbuhan pendapatan 15.4 peratus.
Jelas Rakuten,potensi pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dijangka melonjakkan lagi prestasi bursa tempatan.