Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

PM yakin dasar Ekonomi Madani pacu ekonomi global-ASEAN

2024-11-11 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi meja bulat Bersama kira-kira 60 pemimpin industri dan perniagaan di Mesir/Foto PMO

KAHERAH,11 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dasar Ekonomi Madani yang jelas berupaya memacu ekonomi di peringkat global dan ASEAN.

Menurut Anwar,ini selepas penunjuk ekonomi Malaysia yang memberangsangkan selain pengiktirafan sebagai hab utama dalam bidang semikonduktor dan tenaga hijau di rantau Asia tenggara.

Menurutnya,beberapa peluang dalam industri sawit,automotif,farmaseutikal dan produk perubatan,semikonduktor,sektor digital serta tenaga diperbaharui dibincangkan bersama pemimpin-pemimpin industri dan perniagaan Mesir.

"Antara fokus Malaysia apabila mengambil alih kepengerusian Asean pada tahun hadapan adalah meningkatkan aktiviti ekonomi dan perdagangan di antara negara-negara anggota rantau Asean.

"Malaysia merupakan antara negara pemain dan pengeluar utama dalam sektor tenaga hijau akan memanfaatkan kelebihannya itu dalam usaha merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan perdagangan 'intra Asean'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan ringkas semasa pertemuan bersama delegasi dalam sesi meja bulat bersama kira-kira 60 pemimpin industri dan perniagaan.

"Sebelum berlepas ke Riyadh,Arab Saudi,saya dan delegasi menghadiri sesi meja bulat Bersama kira-kira 60 pemimpin industri dan perniagaan meliputi pelbagai sektor yang berpusat di Mesir serta delegasi perniagaan Malaysia," katanya.

Turut hadir,Menteri Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa Republik Arab Mesir,Hassan El Khatib selain dimanfaatkan sebaiknya untuk berinteraksi serta memberi keyakinan terkait peluang pelaburan di Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap