Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Forum Presiden perkasa transformasi pendidikan tinggi negara

2024-11-12 HaiPress

Dr. Zambry (depan,tengah) bergambar kenangan bersama ahli Forum Presiden MQAIC 2024 di Kuching / Foto MQA

KUCHING,12 November – Dalam usaha memperhebat transformasi pendidikan tinggi di Malaysia,Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) buat julung kalinya menganjurkan Forum Presiden yang dipengerusikan Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Forum ini,yang diadakan bersempena Persidangan Antarabangsa Agensi Kelayakan Malaysia 2024 (MQA International Conference 2024) berjaya menghimpunkan wakil dari enam negara dan sembilan agensi kelayakan antarabangsa.

Menurut Dr. Zambry,forum tersebut berfungsi sebagai platform bagi pemimpin pakar global berkongsi pandangan serta idea mengenai masa depan pendidikan tinggi.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.

“Kita tidak lagi boleh berdiri sendiri kerana dunia pendidikan hari ini memerlukan kolaborasi yang lebih luas bagi memastikan sistem pendidikan kita terus relevan dan kompetitif di peringkat global.

"Forum ini adalah sebahagian daripada usaha mendapatkan input untuk Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2026-2035,yang kini dalam fasa perancangan," katanya pada Isnin.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi,Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman; Ketua Pegawai Eksekutif MQA,Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran; Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam (JKNCR UA),Profesor Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman,serta pemimpin dan pakar jaminan kualiti dari pelbagai negara termasuk Ireland,Romania,Scotland,Indonesia,India,Gambia dan Filipina.

Wakil dari kedutaan Perancis,Ireland,Nigeria,Britain,Zambia dan China turut hadir.

Antara isu yang menjadi fokus perbincangan ialah kepentingan pendidikan fleksibel melalui micro-credential dan pembelajaran sepanjang hayat (PSG).

Wakil dari pelbagai negara turut berkongsi pengalaman dalam mengadaptasi pendekatan pembelajaran yang lebih inklusif dan berorientasikan industri.

Forum ini juga membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat dalam bidang penyelidikan dan teknologi,terutama dalam penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dan inovasi digital.

Tambah Dr. Zambry,terdapat cadangan untuk memperluaskan program mobiliti pelajar serta usaha membawa program pendidikan Malaysia ke luar negara,termasuk ke China dan Asia Barat.

Sementara itu,Mohammad Shatar menyatakan bahawa pendidikan tinggi di Malaysia sentiasa bergerak proaktif dalam melaksanakan inisiatif mengikut trend pengajian dan pembelajaran terkini.

Beliau menegaskan,MQA akan memastikan kualiti terus menjadi keutamaan melalui jaringan kerjasama dengan badan akreditasi antarabangsa,demi menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap