2024-11-12 HaiPress
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah tertinggi Republik Peru,El Sol del Peru,sebagai penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan sempena lawatan rasmi sulung beliau ke rantau Amerika Latin / Foto Bernama
LIMA,12 November – Perdana Menteri,El Sol del Peru sebagai penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan sempena lawatan rasmi sulung beliau ke rantau Amerika Latin sejak menjadi Perdana Menteri pada 2022.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Peru,Ahmad Irham Ikmal Hisham,Perdana Menteri dijadual tiba di Lima pada 13 November bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 yang berlangsung dari 14 hingga 16 November 2024.
Anwar akan diiringi Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Datuk Seri Huang Tiong Si.
Semasa lawatan rasmi tersebur,Anwar dijadual akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Peru,Dina Ercilia Boluarte Zegarra,di Istana Kerajaan Peru.
Pertemuan tersebut akan menumpukan kepada pengukuhan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Peru,meliputi perdagangan,pelaburan,industri Halal,pembangunan infrastruktur,pendidikan,dan budaya.
Dari Januari hingga Julai 2024,jumlah dagangan antara Malaysia dan Peru mencatatkan nilai sebanyak RM1.16 bilion,peningkatan 36.3 peratus berbanding RM847.7 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
Selain itu,Perdana Menteri juga akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan pemimpin industri Peru untuk mempromosikan peluang perniagaan,khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu dan industri digital.
Anwar dijadual menjadi panel pada Sidang Kemuncak CEO APEC bertemakan "Peluang dan Cabaran dalam Revolusi AI" pada 14 November,serta menyertai Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC dengan Tetamu dan Dialog Pemimpin Ekonomi APEC bersama Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
Pada Sesi Pemukiman AELM,Perdana Menteri akan menyampaikan intervensi Malaysia dan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin ekonomi APEC lain termasuk Jepun dan New Zealand.
Sebagai salah satu negara pengasas APEC,penyertaan aktif Malaysia dalam Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC mencerminkan komitmen berterusan negara terhadap kerjasama ekonomi,kesejahteraan bersama,dan pembangunan inklusif di seluruh Asia Pasifik.
Anwar juga akan berkongsi keutamaan Malaysia di bawah Kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan keterangkuman,pembangunan mampan,dan kerjasama untuk manfaat bersama.