Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Sultan Ibrahim nasihat graduan tidak terlalu memilih pekerjaan

2024-11-13 HaiPress

Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SHAH ALAM,13 November- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,bertitah menasihatkan para graduan yang melangkah ke alam pekerjaan supaya tidak terlalu memilih pekerjaan.

Seri Paduka Baginda,bertitah graduan hendaklah menyambut peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai sektor dan industri di negara ini.

“Jika terlalu memilih pekerjaan,para graduan akan kekal menjadi ‘penganggur terhormat’ dan peluang pekerjaan yang ada akan direbut oleh pekerja asing. Akibatnya,anda semua dan negara akan rugi,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja bersempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam.

Seri Paduka Baginda,bertitah sudah sampai masanya untuk rakyat belajar berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

“Perkara seperti ini akan melahirkan sikap malas dan sentiasa menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri. Para graduan sebagai generasi baharu yang bakal memimpin negara hendaklah menolak sikap buruk ini.

"Budaya dan sikap hidup bergantung boleh membunuh keyakinan diri serta inisiatif untuk memajukan diri,akhirnya membenam potensi negara untuk terus maju,” titah Seri Paduka Baginda.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap