Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Pasaran getah dijangka diniagakan tinggi minggu depan

2024-11-17 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,17 November- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan positif minggu depan berikutan Kelewatan pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA),ini akan memberi ruang kepada pasaran untuk pulih daripada ketidakpastian permintaan.

Tambahnya,cuaca buruk di kawasan pengeluar utama dijangka mengganggu bekalan,sekaligus menyokong kenaikan harga.

Sementara itu,Pakar industri,Denis Low berkata,aktiviti penyimpanan semula mampu menyeimbangkan harga dan permintaan.

Ujarnya,permintaan dijangka meningkat secara perlahan berikutan cuaca hujan di negara pengeluar getah dan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Setakat ini,harga SMR 20 turun 5.1 peratus kepada 848.50 sen sekilogram,manakala harga lateks meningkat sebanyak 0.5 sen kepada 677.50 sen sekilogram.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap