Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

MITI umum hala tuju industri besi, keluli dalam masa terdekat

2024-11-18 HaiPress

Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR,18 November- Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dijangka mengumumkan laporan Jawatankuasa Bebas dan Khas bagi industri besi dan keluli dalam masa terdekat bagi menangani isu lebihan kapasiti dalam sektor berkenaan.

Timbalan Menterinya Liew Chin Tong memaklumkan sektor besi dan keluli global termasuk Asia Tenggara sedang berdepan masalah lambakan berkenaan.

"Kapasiti sektor ini dijangka bertambah dalam tempoh lima hingga enam tahun. Pada 2021,jumlah kapasiti di Asia Tenggara mencecah 75 juta metrik tan setahun.

"Jika semua pelan pengeluaran dilaksanakan,jumlah kapasiti ini boleh meningkat kepada 150 juta metrik tan menjelang 2027,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Hasni Mohammad mengenai langkah kerajaan melindungi industri tempatan daripada impak lebihan kapasiti pembuatan dari China.

Menurut Liew,MITI sedang menyemak semula Akta 504 serta Peraturan-peraturan Duti Timbal Balas dan Antilambakan 1994 (Peraturan 1994) untuk menambah baik ekosistem peraturan mengikut amalan perdagangan antarabangsa yang lebih kondusif.

MITI juga melaksanakan siasatan antilambakan terhadap empat produk besi,keluli dan plastik yang disyaki terjejas akibat lebihan kapasiti pembuatan China.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap