Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Tanggungan, pekerjaan individu diambil kira dalam penyaluran subsidi RON95

2024-11-18 HaiPress

Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR,18 November- Petunjuk kos sara hidup rakyat,termasuk tanggungan dan pekerjaan individu diambil kira dalam penyaluran subsidi RON95.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh memaklumkan indikator itu merangkumi statistik Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH) yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


"Memang diambil kira semua perkara yang melibatkan perbelanjaan. Tapi berkenaan dengan RON95,sekiranya penyasaran subsidi itu berlaku kelak,tentu sekali ada impak kepada isi rumah yang menggunakan RON95 tersebut.

"Maksudnya kalau ada dua kereta,kalau ada dua orang bekerja,isteri dan suami bekerja kalau ada anak sekolah yang kecil,yang pergi sekolah,belajar universiti,semua termasuk dalam perkiraan indikatorkos sara hidup tersebut," jelas Fauziah.

Beliaumenjawab soalan tambahanAhli Parlimen Padang Rengas,Azahari Hasan dalam sidang Dewan Rakyat,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap