Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Allahyarham Ahmad Nawab selamat dikebumikan

2024-11-25 HaiPress

Ahmad Nawab (foto kecil) selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul pagi tadi

KUALA LUMPUR,25 November- Legenda muzik tanah air,Tan Sri Ahmad Nawab selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul di sini pada pukul 11.15 pagi tadi.

Sebelum itu,jenazah allahyarham telah disempurnakan dan disembahyangkan di Surau Al-Tarbiah Al-Islamiah,Batu Caves,Selangor.

Lebih 200 individu termasuk keluarga,rakan seperjuangan dalam industri hiburan,serta tokoh-tokoh terkenal hadir mengiringi perjalanan terakhir allahyarham.

Antara yang hadir ialah penulis lirik Datuk Chuari Selamat,penyanyi Datuk ND Lala,Datuk Jamal Abdillah,Datuk M. Nasir,Ramlah Ram dan pelakon Adlin Aman Ramli.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS),Datuk Azmir Saifuddin Mutalib,serta bekas Menteri Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan,Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir turut memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham Ahmad Nawab atau nama sebenarnya,Ahmad Khan Nawab Khan,meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar,Gombak kira-kira pukul 3.15 petang semalam.

Dikenali sebagai ikon muzik negara,Allahyarham Ahmad Nawab menghasilkan lebih 2,000 lagu sejak era 1950-an dan lebih 200 album,membimbing ramai nama besar dunia seni suara Malaysia dan Indonesia,termasuk Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Bekas anggota Orkestra RTM selama 17 tahun itu juga pernah memenangi Anugerah Merak Kayangan melalui lagu ciptaan pertamanya,Bintang Malam pada tahun 1980.

BERITA BERKAITAN

Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab meninggal dunia

"Pemergian Ahmad Nawab,negara kehilangan tokoh seni" - PM

"Sumbangan Ahmad Nawab terhadap industri terlalu besar" - Fahmi

Namakan jalan sempena allahyarham Ahmad Nawab,PEMENANG kemuka permohonan

'Konsert Tribute Seniman Negara Dato' Seri Ahmad Nawab' sebuah penghormatan

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap