Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

PDRM buka lebih 15,000 kertas siasatan kes penipuan

2024-11-27 HaiPress

M. Kulasegaran / Foto RTM

KUALA LUMPUR,27 November – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sebanyak 15,106 kertas siasatan berkaitan kesalahan penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),M. Kulasegaran berkata ia hasil laporan yang diterima oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak Oktober 2022 sehingga September 2024.

"Antara langkah diambil adalah menyediakan laman web ‘Semak Mule’ untuk memudahkan orang awam menyemak akaun bank dan nombor telefon yang disyaki terlibat dalam jenayah dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Hulu Selangor,Mohd Hasnizan Harun,di Dewan Rakyat berhubung usaha kerajaan menangani jenayah penipuan dalam talian.

Dalam perkembangan berkaitan,M. Kulasegaran berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 131 talian serta 112 nombor telefon yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti penipuan dari Oktober 2022 hingga Oktober 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap