Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

KPKT salur RM156 juta kepada Kelantan untuk pembangunan & kemudahan awam

2024-11-27 HaiPress

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming/ BERNAMA

KOTA BHARU,27 November- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan RM156 juta kepada negeri Kelantan untuk tujuan pembangunan dan kerja-kerja menaik taraf kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

Menterinya,Nga Kor Ming berkata,daripada jumlah tersebut sebanyak RM5.5 juta adalah suntikan peruntukan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Menurut beliau,peruntukan besar itu termasuk RM6.5 juta untuk projek menaik taraf Pasar Siti Khadijah,RM48 juta projek pembangunan landskap perbandaran Kota Bharu di pusat bandar Kota Bharu dan RM12 juta bagi projek menaik taraf gerai dan dataran Pantai Cahaya Bulan.

Manakala,RM35.9 juta untuk pembangunan 448 unit Projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang telah siap dibina pada tahun ini.

"Dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12),kerajaan telah menetapkan sasaran untuk membina 500,000 rumah mampu milik dan ini termasuk untuk ditawarkan kepada penjawat awam. Rumah mampu milik setakat pagi ini,kita telah berjaya,yang telah siap dan sedang dibina dan telah lulus untuk pembinaan... kesemuanya berjumlah 443,000 unit...89 peratus telahpun dicapai.

"Saya yakin dibawah pimpinan PMX,menjelang penghujung RMK12,KPKT akan melepasi sasaran 500,000 unit dan PMX akan menjadi Perdana Menteri pertama dalam sejarah yang berjaya mencapai sasaran 500,000 unit rumah mampu milik setelah RMK12",katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan Projek menaik taraf Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu sempena siri Jelajah Sentuhan Kasih 2.0 Negeri Kelantan,hari ini.

Jelas beliau,projek pembangunan dan naik taraf berkenaan telah bermula,manakala projek paling lama,iaitu pembangunan landskap Perbandaran Kota Bharu pula dijadual siap sepenuhnya pada 2027.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan satu lagi projek RMR dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion bulan depan,sekiranya kesemua projek berjalan lancar.

Usaha itu merupakan satu komitmen kerajaan dan penjawat awam juga berpeluang menikmati kemudahan disediakan kerajaan selaras dengan konsep “Rumahku Syurgaku”.

KPKT katanya tidak meminggirkan mana-mana golongan dan peruntukan diberikan berdasarkan kepada keperluan semasa.

Beliau berharap menerusi program Sentuhan Kasih itu,lebih banyak pihak dapat dibantu tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang agama dan kaum.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap