Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

KPT pertimbang laksana saringan kesihatan minda

2024-11-27 HaiPress

Foto FB Zambry Abd. Kadir

PUTRAJAYA,27 November- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti keperluan untuk melaksanakansaringan kesihatan minda,sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata,keperluan tersebut masih dalam peringkat perbincangan.

"Ya,kita akan lihat apa yang dicadangkan sekarang. Ini masih dalam peringkat perbincangan," katanya selepas menyampaikan ucapan sempena pembukaan Festival Idea Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Terdahulu,Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek,mengumumkan bahawa KPM akan melaksanakan program Saringan Minda Sihat untuk pengesanan awal murid yang menghadapi masalah gangguan emosi.

Sementara itu,berhubung kematian seorang pelajar akibat didera oleh jurulatih di sebuah universiti tempatan,beliau memaklumkan bahawa pihak KPT sedang menunggu laporan tersebut sebelum sebarang tindakan diambil.

BERITA BERKAITAN:

KPM laksana saringan minda kesan gangguan emosi murid

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap