Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Bilik Gerakan Bencana KPKM diaktifkan

2024-11-29 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,29 November- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana kementerian itu dan menggerakkan operasi bagi membantu golongan petani,peladang,penternak dan nelayan terjejas banjir.


KPKM dalam satu kenyataan memaklumkan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia menggerakkan aset-aset bagi membantu usaha-usaha menyelamat mangsa banjir sekiranya perlu dan mendapatkebenaran dari pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


"Ini selaras dengan laporan Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkanketibaan Monsun Timur Laut (MTL) pada 5 November 2024 hingga Mac 2025 menjangkakan hujan lebat di beberapa negeri berpotensi berlaku banjir.


"KPKM turut menyediakan bantuan-bantuan pasca bencana kepada warga yang terkesanmelalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) bagi tanaman padi dan Tabung BencanaPertanian (TBP) bagi aktiviti agromakanan dalam usaha membantu petani,penternak dannelayan yang terkesan bencana dan memerlukan bantuan segera," menurut kenyataan itu.


Menurut laporan awal kejadian dari 27November hingga 28 November kira-kira 295.00 hektar kawasan pertanian terjejas dengan anggaran nilai kerosakan sebanyak RM837,535 melibatkan 174 orang petani.


Dalam pada itu bilik Gerakan Bencana KPKM di peringkat daerah dan negeri juga memantau keadaan cuaca,membuat hebahan awal dan melaksanakan pelan mitigasi bagi mengurangkan kerugian kepada sektor agromakanan negara.


Pada 26 November lalu,Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengedarkan 60,000 Kit Bantuan Makanan bagi persediaan Monsun Timur Laut melalui NADMA.


"KPKM turut menyediakan bantuan-bantuan pasca bencana kepada warga yang terkesanmelalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) bagi tanaman padi dan Tabung BencanaPertanian (TBP) bagi aktiviti agromakanan dalam usaha membantu petani," tambah kenyataan itu.


Pada masa sama orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana KPKM menerusi talian 03- 88701663/1664/1491 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap