Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Malaysia sasar tarik 1.5 juta pengunjung ke Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia 2025 Osaka

2024-11-29 HaiPress

Foto Facebook Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR,28 November - Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk menarik 1.5 juta pengunjung dan menjana RM13 bilion dalam perdagangan dan pelaburan melalui penyertaan Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Osaka tahun depan.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata sasaran itu bukan sekadar misi kementerian tetapi juga misi nasional yang akan membawa manfaat besar kepada negara.

"Dengan tahap pembinaan kini mencapai 73.91 peratus,Pavilion Malaysia direka untuk mempamerkan warisan karya negara,semangat inovasi,dan komitmen terhadap kelestarian,di bawah tema “Weaving a Future in Harmony”.

"Pavilion ini bakal menjadi simbol perpaduan antara tradisi dan teknologi serta salah satu tarikan utama di Ekspo ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul dalam rangka lawatan ke lokasi ekspo berkenaan di Pulau Yumeshima,Kansai,Jepun selesai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Seoul,Korea Selatan.

Dalam pada itu beliau berkata Pavilion Malaysia diyakini mampu memukau jutaan pengunjung dan memperkenalkan keunikan serta kehebatan negara di pentas global.

Ekspo Dunia 2025 yang akan diadakan di Osaka,Jepun selama enam bulan bermula 13 April hingga 13 Oktober 2025. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap