Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

MTL: FELDA Jengka siap siaga hadapi banjir

2024-11-30 HaiPress

FOTO FAIL

JERANTUT,30 November - Pengurusan FELDA Wilayah Jengka di Pahang menyediakan sekurang-kurangnya 200 kit kesiapsiagaan banjir dan 10 pusat semindahan sementara (PPS) jika berlaku banjir di kawasan itu.

Pengarahnya Mohd Termizi Lee berkata,10 daripada 37 kawasan rancangan FELDA dilaporkan kerap berlaku banjir dan kali terakhir berlaku pada tahun 2021.

Antara rancangan yang kerap dilanda banjir ialah FELDA Jengka 8,Jengka 14,Jengka 6,Jengka 11,FELDA Sungai Retang dan FELDA Padang Piol.

Namun Felda Jengka 8 diberi keutamaan kerana rancangan tersebut pernah dilanda bah besar pada tahun 2021,melibatkan 200 keluarga.

"Kita sudah buat persediaan awal,kita sudah sediakan kit kesiapsiagaan banjir mengandungi lampu suluh,tuala atau peralatan asas untuk membantu mangsa banjir," kata Termizi Lee.

Beliau bercakap kepada pemberita Majlis Pengurusan Jenazah peringkat Wilayah Jengka di Felda Jengka 24,Jerantut,Pahang.

Sementara Ketua Biro Sosial dan Komunikasi Wilayah Jengka Razak Daud berkata,setiap peneroka di kawasan berisiko berlaku banjir diminta sentiasa berwaspada dan sentiasa memberi perhatian dengan situasi hujan lebat dan bacaan paras sungai berhampiran.

"Semua FELDA amengambil inisiatif berjaga-jaga menyediakan PPS sementara sekiranya berlaku banjir,jadi selaku ketua biro sosial ini kita juga menyarankan supaya mana-mana FELDA berlaku banjir untuk bersiap siaga mana-mana penduduk terlibat banjir dipindahkan dalam kadar segera," kata Ketua Biro Sosial dan komunikasi Wilayah Jengk,Razak Daud.

Seramai 200 peneroka hadir bagi mempelajari urusan fardhu kifayah seperti memandikan,mengkafan dan solat sunat jenazah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap