2024-11-30 HaiPress
Jenazah dua beradik yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Bukit Apit,Ajil,selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panggung,Ajil / Foto RTM
HULU TERENGGANU,30 November – Jenazah dua beradik yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Bukit Apit,semalam,kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
Mangsa,Puteri Sajidah Azman,16 dan adiknya Siti Fatimah Azman,13,dibawa ke Masjid Kampung Bukit Apit pada pukul 10 pagi untuk solat jenazah sebelum dikebumikan.
Suasana pilu menyelubungi pengebumian yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga dan kenalan mangsa.
Ibu mangsa,Ruziah Fuad,46,pengsan selepas pengebumian selesai dan terpaksa diangkat ke kenderaan.
Abang mangsa,Uzair Azman,17,yang cedera dalam kejadian dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah,turut hadir setelah dibenarkan pulang pada pukul 11 malam tadi.
Seorang lagi abang mereka,Abdul Raziq Azman,18,yang terselamat dalam kejadian itu kelihatan hiba dan sedih dengan kehilangan dua adik perempuannya yang sangat rapat dengannya.