Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Lebih 90 peratus perniagaan di Malaysia manfaatkan akses internet

2024-11-30 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,29 November- Transformasi digital semakin pesat di Malaysia dengan 93.3% perniagaan memanfaatkan akses internet pada tahun 2022.

Peratusan itu naik ketara berbanding 61.5 peratus pada tahun 2015.

Menurut Jabatan Perangkaan,peningkatan ini menunjukkan kepentingan pendigitalan untuk kecekapan operasi dan komunikasi perniagaan,serta mendapatkan pelanggan baharu.

Penggunaan komputer dalam kalangan perniagaan juga meningkat kepada 95.9 peratus,daripada 73.5 peratus dalam tempoh sama.

78 peratus perniagaan juga memanfaatkan penggunaan media sosial,menjadikannya instrumen penting untuk urusan pemasaran,perkhidmatan pelanggan,dan pembangunan jenama.

Sementara itu,pendapatan daripada aktiviti e-dagang berkembang kukuh sebanyak 16 peratus,mencecah RM1.13 trilion pada tahun 2022.

Sektor perkhidmatan penyumbang utama kepada pertumbuhan,dengan peningkatan pendapatan kepada RM552.7 bilion,berbanding RM115.1 bilion pada 2015.

Lonjakan pendapatan e-dagang mencerminkan peralihan lebih luas ke arah perdagangan dalam talian dan platform digital yang terus memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap