Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Melaka siap sedia hadapi MTL: Penduduk diminta waspada

2024-12-01 HaiPress

Exco Kanan Perumahan,Kerajaan Tempatan,Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka Datuk Rais Yasin

MELAKA,1 Disember - Pemimpin setempat dan penduduk di Melaka mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Exco Kanan Perumahan,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka Datuk Rais Yasin berkata,agensi berkaitan juga sudah bersiap sedia sekiranya air sungai melimpah ke kawasan penduduk.

Beliau turut meminta masyarakat supaya memberi kerjasama sekiranya berlaku banjir dan diarah berpindah ke kawasan selamat.

"Untuk rakyat tolong berhati-hati,jangan sesekali abaikan aspek keselamatan,kalau diminta oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk berpindah atau pihak polis untuk berpindah jangan dianggap sebagai satu perkara enteng," kata Rais Yasin.

Banjir di Melaka sejak Jumaat lalu semakin pulih apabila hanya empat PPS yang masih beroperasi di ketiga-tiga daerah negeri itu setakat ini.

Penduduk terjejas di beberapa kawasan juga sudah mula membersihkan kediaman masing-masing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap