Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Hujan lebat berterusan tahap bahaya diramal landa enam daerah - MetMalaysia

2024-12-10 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,9 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengemas kini amaran hujan lebat berterusan dengan tahap bahaya,buruk dan waspada di beberapa negeri,yang dijangka berterusan hingga Rabu ini.

Menerusi kenyataan MetMalaysia memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda empat daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu,Marang,Dungun dan Kemaman serta Kuantan dan Pekan,Pahang.

Amaran hujan berterusan pada tahap buruk pula melibatkan Kelantan termasuk Jeli,Tanah Merah,Machang,Pasir Puteh,Kuala Krai dan Gua Musang.

Di Terengganu,amaran ini meliputi kawasan Besut,Setiu,Kuala Nerus dan Kuala Terengganu manakala di Pahang,ia melibatkan kawasan Jerantut,Maran dan Rompin.

Turut dimaklumkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan beberapa negeri seperti Perlis,Kedah,Perak,Kelantan,Pahang dan Johor.

Seluruh kawasan di Perlis diramal mengalami hujan lebat berterusan pada tahap waspada.

Selain itu,cuaca yang sama dijangka melanda Kubang Pasu,Kota Setar,Pokok Sena,Padang Terap,Pendang,Sik,dan Baling di Kedah serta Hulu Perak,Kuala Kangsar,Kinta,dan Kampar di Perak.

Di Kelantan,kawasan yang terlibat dengan amaran hujan lebat pada tahap waspada adalah Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu dan Bachok.

Di Pahang,kawasan yang terlibat termasuk Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Raub,Bentong,Temerloh dan Bera manakala di Johor,kawasan yang terlibat adalah Segamat,Mersing dan Kota Tinggi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap