Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Akta 482 diteliti semula, dibentang ke parlimen selepas dimuktamadkan

2024-12-18 HaiPress

Khairul Firdaus Akbar Khan

KUALA LUMPUR,18 Disember- Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti semula Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482)bagi menambah baik beberapa garis panduan khususnya berkait kepentingan pelancong dalam isu perhotelan.

Timbalan Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata,ia akan dibentang ke parlimen selepas dimuktamadkan.

"Dalam akta yang kita akan semak semula Akta Industri Pelancongan 1992 ia akan meliputi beberapa garis panduan mungkin kita terlepas pandang atau tidak pernah ditekankan.

"Akta yang kita akan semak semula ini akan dibentangkan di parlimen. Kita akan memastikan setiap perkara berkait rapat dengan tanggungjawab atau nilai kepenggunaan itu akan dititikberatkan," katanya.

Sesi perbincangan melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diadakan bagi meneliti kewajaran memasukkan Peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel dalam akta 482.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Senator Abun Sui Anyit berkenaan peranan kementerian bagi memastikan keseimbangan kepentingan pengguna dan kebajikan pihak pengusaha hotel dalam menetapkan garis panduan berkaitan polisi daftar masuk dan daftar keluar lebih fleksibel dan mesra pengguna.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap