Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Kementerian Komunikasi terap konsep musyawarah, tingkat produktiviti

2025-01-03 IDOPRESS

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA

PUTRAJAYA,3 Januari- Kementerian Komunikasi menekankan konsep musyawarah bagi mendapatkan pandangan dan suara di semua peringkat seperti disarankan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kaedah penerapan konsep itu perlu diteliti Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa bagi meningkatkan produktiviti penjawat awam.

"Ini satu peringatan yang baik bahawa kita jangan sesekali sekadar berasa apa yang telah kita capai itu memadai,tetapi kita perlu lakukan refleksi dan memikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki keadaan,mengatasi kelemahan dan kekurangan. Tetapi pada masa sama,jangan kita alpa ataupun culas atau lupa untuk berasa syukur atas apa yang telah kita berjaya lakukan.

"Saya nampak pesanan perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk cari cara meningkatkan produktiviti dan bukan hanya bermuhasabah,tetapi bermusyawarah mendapatkan pandangan dan suara daripada semua dalam pasukan.

"Ini saya minta di Kementerian Komunikasi,KSU kita teliti apa yang boleh kita lakukan supaya di peringkat unit yang terkecil dalam mana-mana jabatan (supaya) mutu dan produktiviti boleh diteliti dan ditambah baik",katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi Live Feed Amanat Perdana Menteri 2025 Bersama Warga Kementerian Komunikasi di Putrajaya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap