2025-03-05 HaiPress
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Program Ihya Ramadan di MOSTI
PUTRAJAYA,5 Mac - Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjadi lokasi kedua penganjuran Program Ihya Ramadan yang dihadiri oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,hari ini.
Perdana Menteri tiba pada pukul 12.10 tengah hari disambut Menteri MOSTI,Chang Lih Kang,Timbalan Menteri MOSTI,Datuk Mohammad Yusof Apdal,Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Setiausaha MOSTI,Datuk Seri Dr Aminuddin Hassim.
Dalam lawatan tersebut,Datuk Seri Anwar turut menghadiri Mesyuarat Bersama Pengurusan Tertinggi MOSTI,bertujuan mengenal pasti isu-isu semasa,selain membincangkan hala tuju strategik MOSTI bagi tahun 2025.
Selepas mesyuarat,beliau turut meluangkan masa selama kira-kira satu jam mendengar tazkirah bertajuk “Ramadan Bulan al-Quran: Tadabur al-Quran Tafakkur Alam” yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat,Universiti Selangor,Prof Madya Ts. Dr Muhammad Nazir Muhammed Khalid.
Datuk Seri Anwar turut menunaikan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh ustaz Nor Azlim Mat Sidek.
Program ini adalah sebahagian daripada rangka kerja Program Ihya Ramadan Perdana Menteri sepanjang bulan Ramadan bagi menonjolkan semangat Ramadan dan komitmen kerajaan dalam memupuk nilai-nilai Islam dalam pentadbiran.