Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

2025-03-10 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,8 Mac- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan pendekatan berhati-hati minggu depan.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik antara AS$2,900 dan AS$2,950 setiap troy auns.

“Kenaikan berterusan akan bergantung kepada bagaimana data yang dikeluarkan pada awal bulan mempengaruhi landskap makro ekonomi.

"Jika ekonomi lemah secara berterusan,emas boleh meneruskan trajektori menaiknya kerana pasaran mengambil kira pelonggaran seterusnya oleh Rizab Persekutuan AS (Fed). Satu sokongan yang kukuh sedang menjadikan logam itu pada harga AS$2,900 iaitu titik peralihan yang penting," katanya.

Katanya pada paras itu emas kekal kukuh walaupun hasil global lebih tinggi.

"Jika data senarai gaji bukan ladang AS mengubah keputusan dasar Fed untuk lebih bertenang,emas boleh menembusi paras lebih tinggi daripada itu,menjadikan paras sokongan ini sebagai batu loncatan untuk kenaikan seterusnya. Paras rintangan awal dijangka pada AS$2,950,” tambahnya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat,kontrak bulan semerta Mac 2025 meningkat kepada AS$2,928.60 setiap auns troy daripada AS$2,867.20 sebelum ini,manakala kontrak April 2025 bertambah kepada AS$2,938.40 setiap auns troy daripada AS$2,879.90 setiap auns troy.

Sementara itu,kontrak Mei 2025,Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya ditutup pada AS$2,946.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 491 lot pada minggu ini daripada 251 lot minggu lepas,manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 140 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Mac,harga emas fizikal berada pada AS$2,922.20 setiap auns troy.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap