Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS

2025-03-11 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,10 Mac- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Isnin,meneruskan momentum positifnya,didorong oleh jangkaan yang meningkat mengenai penurunan Kadar Dana Persekutuan Amerika Syarikat (AS),yang menyebabkan kemerosotan Indeks Dolar AS (DXY).

Pada 8 pagi,mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY AS merosot kepada 103.830 mata,menunjukkan potensi kenaikan ringgit.

Mengetengahkan faktor lain di sebalik kenaikan ringgit,beliau berkata data pasaran pekerjaan terkini di AS menunjukkan tanda-tanda trend lemah,dengan kadar penyertaan tenaga kerja jatuh kepada 62.4 peratus,terendah sejak Januari 2023 manakala kadar pengangguran meningkat kepada 4.1 peratus pada Februari daripada 4.0 peratus sebelum ini.

“Dalam temu bual pada Ahad dengan Fox News,Presiden AS Donald Trump menyatakan bahawa ekonomi AS berada dalam tempoh peralihan,mengalihkan perhatian daripada kebimbangan mengenai kemelesetan.

“Tahap ketidaktentuan ekonomi semakin meningkat berikutan dasar tarif yang dapat dilihat sebagai tidak konsisten,menyebabkan kesukaran dalam menilai impaknya terhadap ekonomi secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu,katanya sentimen pasaran secara keseluruhan dijangka kekal defensif dalam masa terdekat.

Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.7011/7172 daripada 5.7070/7115 pada Jumaat lepas,melonjak berbanding euro kepada 4.7876/8012 daripada 4.7903/7941 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9872/9961 daripada 2.9909/9935 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut mencatatkan prestasi baik berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3152/3251 daripada 3.3185/3214 pada Jumaat lepas,naik berbanding baht Thailand kepada 13.0657/1109 daripada 13.1124/1290 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 270.5/271.4 daripada 270.6/271.0,bagaimanapun mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.74 daripada 7.71/7.73 sebelum ini.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap