2025-03-13 IDOPRESS
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,13 Mac- Sabah,Sarawak dan selatan Semenanjung dijangka mengalami hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan,fenomena itu susulan luruan monsun yang diramal memasuki rantau negara bermula Isnin ini,17 Mac.
"Keadaan ini berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan,selain hujan berterusan di kawasan terlibat," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau,amaran hujan berterusan akan dikeluarkan apabila model ramalan cuaca menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi.
Sehubungan itu,orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my,media sosial rasmi MetMalaysia,atau memuat turun aplikasi myCuaca.