Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Affin Bank meterai MoU dengan MUFG Bank

2025-03-20 IDOPRESS

Majlis pemeteraian MoU antara Affin Bank dengan MUFG Bank / RTM

KUALA LUMPUR,20 Mac – Affin Bank Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MUFG Bank (Malaysia) Berhad bagi memperkukuh kerjasama dalam perniagaan serta meneroka peluang pertumbuhan bersama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank,Datuk Wan Razly Abdullah berkata,kerjasama itu memberi tumpuan kepada empat sektor utama,iaitu kemajuan perubatan,industri semikonduktor,tenaga hijau dan pelancongan.

"Dalam keempat-empat sektor ini,kami ingin membuka lebih banyak nilai serta keupayaan perbankan antara MUFG dan Malaysia. Dengan itu,kami berbangga dapat memeterai perjanjian ini dan melihat bagaimana kami boleh membuka peluang serta memberi manfaat kepada pelanggan di Malaysia dan juga rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis pemeteraian MoU berkenaan.

Menurut Datuk Wan Razly,kerjasama ini akan bermula dengan memberi tumpuan kepada sektor berkaitan di Malaysia sebelum diperluaskan ke pasaran Asia Pasifik.

Bagi memastikan kejayaan inisiatif tersebut,sebuah jawatankuasa bersama akan ditubuhkan bagi memantau kemajuan serta pelaksanaan kerjasama strategik berkenaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap