Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

2025-05-06 IDOPRESS

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025. Turut kelihatan,Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

OSAKA,6 Mei- Kehebatan anak muda berusia 22 tahun dari Pokok Sena,Kedah menebar roti canai terbang berjaya memukau pengunjung Osaka Kansai Japan Expo 2025 yang sedang berlangsung di Yumeshima Island,Osaka,Jepun.

Ketika dihubungi RTM,Muhammad Muiz Ruzaini berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Katanya,sejak tiba di Osaka pada 13 April lalu,roti canai terbang berjaya dijual antara 600 hingga 700 keping sehari.

Pengunjung yang singgah di Pavilion Malaysia turut terpukau dengan kemahirannya menebar roti canai terbang.

"Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk mempamerkan bakat menebar roti canai terbang kepada masyarakat antarabangsa khususnya penduduk Jepun," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut berbangga kerana dipilih untuk membawa nama Malaysia dan Kedah memperkenalkan menu makanan tempatan iaitu roti canai terbang Pokok Sena dan membuka mata lebih ramai orang di seluruh dunia berkaitan roti canai.

Pada masa sama,beliau juga berpeluang untuk mempromosikan sektor pelancongan Malaysia khususnya sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 dan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Osaka Kansai Japan Expo 2025 berlangsung selama enam bulan iaitu bermula 13 April lalu sehingga 13 Oktober 2025.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap