2025-06-04 HaiPress
Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 akan berlangsung di Lumut Waterfront,dijangka dihadiri lebih 100,000 pengunjung
KUALA LUMPUR,4 Jun - Seramai 100,000 pengunjung dijangka hadir ke Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 yang akan berlangsung di Lumut Waterfront,Perak mulai 13 hingga 15 Jun hadapan di Lumut Waterfront,Perak.
Sekretariat PMR 2025 dalam kenyataan berkata,program itu diteruskan dengan memfokuskan kepada peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemangkin dasar dan pembangunan inisiatif berpaksikan penyelidikan,inovasi dan pemikiran kritikal.
"Pengisian program merangkumi perkhidmatan touchpoint rakyat,inisiatif kesejahteraan komuniti,sesi bersama pemimpin,serta aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan turut dianjurkan selaras dengan hasrat merakyatkan perkhidmatan di samping memperkukuh aspirasi Rakyat MADANI," menurut kenyataan itu.
Pelbagai kaunter perkhidmatan bergerak daripada kementerian dan agensi Persekutuan serta negeri,termasuk Pihak Berkuasa Tempatan,disediakan.
Pengisian khas oleh Kerajaan Negeri Perak melalui reruai pembangunan negeri bawah agenda Perak Sejahtera 2030 juga dijangka menjadi tumpuan pengunjung.
PMR 2025 di Perak bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,pada 15 Jun ini.