2025-06-23 HaiPress
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Kerajaan Persekutuan menziarah dan mengucapkan takziah kepada Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg - FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR,23 Jun - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Kerajaan Persekutuan hadir menziarah keluarga Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching,Sarawak hari ini bagi menyampaikan ucapan takziah pemergian isteri beliau,Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya,Datuk Seri Ahmad Zahid turut menyatakan solidariti serta doa seluruh warga Malaysia atas pemergian Allahyarham.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkesempatan menunaikan solat jenazah - FB Zahid Hamidi
Beliau turut berkesempatan menunaikan solat jenazah.
Sementara itu,Timbalan Perdana Menteri ll,Datuk Seri Fadillah Yusof turut merakam ucapan takziah.
Datuk Seri Fadillah Yusof merakamkan ucapan takziah kepadaPremier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg - FB Fadillah Yusof
"Amat sedih dan dukacita atas kembalinya kerahmatullah Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tuanku Hj Bujang,isteri kepada Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abg Hj Abdul Rahman Zohari Tun Openg,pada jam 3.34 pagi,23 Jun 2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446 di Pusat Perubatan Normah,Kuching.
"Ia satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli keluarga Almarhumah tetapi juga seluruh rakyat Sarawak," katanya dalam satu hantaran di Facebook.