Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

ECERDC catat RM6.4 bilion pelaburan, 2,800 peluang kerja dalam enam bulan pertama 2025

2025-07-01 HaiPress

Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,30 Jun– Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 billion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ECERDC juga berjaya mewujudkan lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu setakat ini.

"Bagi tempoh sama,nilai pelaburan komited juga telah mencecah RM10.4 bilion dan melepasi sasaran awal tahunan sebanyak RM10 bilion yang ditetapkan bagi tahun 2025.

“Perencanaan Kerajaan melalui Pelan Pembangunan ECER juga bakal menyaksikan sebanyak lapan projek strategik dan berimpak tinggi yang dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini," katanya menerusi hantaran Facebook.

Terdahulu,beliau yang juga Menteri Kewangan menghadiri mesyuarat ECERDC bagi meneliti kemajuan semasa petunjuk utama koridor ekonomi itu selain membincangkan kerangka hala tuju pembangunan ECER bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang sedang giat disediakan kerajaan.

Datuk Seri Anwar turut menekankan keperluan bagi memastikan setiap pelaburan masuk yang diluluskan mengandungi elemen pemindahan teknologi dan peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan bagi menjamin kepentingan jangka panjang negara.

Beliau menyeru ECERDC agar terus mengekalkan momentum pencapaian ini melalui proses fasilitasi pelaburan yang efisien dan proaktif bagi mengukuhkan kedudukan Wilayah Pantai Timur sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif,bukan sahaja di peringkat nasional malah antarabangsa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap