Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Institusi kewangan perlu jadi pelindung digital masyarakat

2025-07-01 IDOPRESS

Menteri Digital,Gobind Singh Deo / Foto RTM

KUALA LUMPUR,30 Jun – Institusi kewangan tidak seharusnya berfungsi semata-mata sebagai penyedia perkhidmatan kewangan,sebaliknya perlu memainkan peranan lebih besar sebagai pendokong dan pelindung digital yang memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat.

Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata institusi kewangan boleh membantu memperkasa rakyat melalui literasi digital,agar mereka bukan sahaja celik teknologi tetapi turut bersedia menghadapi perubahan dalam landskap ekonomi dan kewangan semasa.

“Saya berbesar hati melihat bagaimana CIMB dan anak syarikatnya,Touch ‘n Go Digital,bukan sahaja menyediakan perkhidmatan perbankan yang mudah,malah turut mendidik masyarakat mengenai literasi digital.

“Ini amat penting bagi membolehkan mereka mengharungi landskap kewangan semasa dengan lebih yakin dan mudah,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran inisiatif “Kita Bagi Jadi Komuniti” oleh CIMB,di sini hari ini.

Mengulas lanjut,Gobind berkata inisiatif tersebut mencerminkan komitmen CIMB dalam memperkukuh keterangkuman kewangan,khususnya dalam kalangan golongan tidak berbank,usahawan mikro,serta komuniti rentan.

“Usaha seperti ini bukan sahaja memacu mobiliti sosioekonomi,tetapi turut menyumbang kepada produktiviti negara dan daya tahan ekonomi jangka panjang,” ujarnya.

Gobind turut menggesa lebih banyak syarikat industri kewangan tampil dengan inisiatif seumpama itu bagi menyokong usaha kerajaan mempercepatkan transformasi digital negara,yang melibatkan penyertaan aktif seluruh lapisan masyarakat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap