Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

OPEC+ umum peningkatan pengeluaran minyak lebih pantas

2025-07-07 IDOPRESS

Foto fail

VIENNA,6 Julai - Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya,pada Sabtu mengumumkan keputusan untuk meningkatkan pengeluaran minyak sebanyak 548,000 tong sehari (bpd) bagi Ogos,iaitu peningkatan yang lebih pantas berbanding Julai.

Pada Julai,negara-negara OPEC+ mencatat peningkatan pengeluaran sebanyak 411,000 tong sehari,selaras dengan pelan berperingkat untuk melonggarkan pemotongan pengeluaran yang dilaksanakan sebelum ini.

Keputusan terbaharu itu dicapai dalam satu mesyuarat maya yang disertai negara-negara anggota termasuk Arab Saudi,Rusia,Iraq,Emiriah Arab Bersatu,Kuwait,Kazakhstan,Algeria dan Oman,menurut kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi OPEC.

Pelarasan pengeluaran dibuat berdasarkan “unjuran ekonomi global yang stabil serta asas pasaran semasa yang kukuh,sebagaimana ditunjukkan melalui paras inventori minyak yang rendah,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap