Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

UniKL-ASTI bakal jadi komponen penting ekosistem pembangunan logistik serantau

2025-07-08 IDOPRESS

Foto Bernama

KANGAR,8 Julai - Penubuhan Universiti Kuala Lumpur Asia Sustainable Transportation Institute (UniKL-ASTI) di Lembah Chuping di Padang Besar bakal menjadi komponen penting dalam ekosistem pembangunan logistik serantau di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sekali gus menjadikan Perlis sebagai hab logistik strategik baharu di utara tanah air.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kampus universiti yang bakal dibangunkan bersebelahan Perlis Inland Port (PIP) itu akan menawarkan pelbagai program diploma dan ijazah dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berimpak tinggi seperti teknologi penyelenggaraan kenderaan berat,pengurusan lifting equipment dan teknologi MRO.

"Dibangunkan di atas tanah seluas 60 ekar bersebelahan Perlis Inland Port (PIP),kampus ini bakal menjadi pemangkin utama dalam memperkasa pendidikan tinggi teknikal berasaskan pengangkutan dan logistik mapan. malah,UniKL-ASTI akan menjadi komponen penting dalam ekosistem pembangunan logistik serantau di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCEr),menjadikan Perlis sebagai hab logistik strategik baharu di utara tanah air." kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah bagi projek penubuhan UniKL-ASTI itu di Dewan Warisan di sini hari ini yang disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Institusi itu kini berada pada fasa akhir peringkat reka bentuk,manakala pembinaan fizikalnya akan dimulakan secepat mungkin.

Penubuhan UniKL ASTI itu turut memperkukuh Agenda TVET Nasional dan memperluas akses pendidikan berimpak tinggi kepada masyarakat luar bandar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap