2025-07-11 HaiPress
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Julai -Kerjasama ASEAN+3 perlu kekal tangkas dan bersepadu dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
Demikian ditegaskan Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN+3 ke-26 di ibu negara,hari ini.
Menurut beliau,pendekatan tersebut penting bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh ASEAN+3 kekal relevan,berkesan dan berimpak tinggi kepada negara-negara anggotanya.
"Ini amat penting terutama dalam usaha menerajui dan memanfaatkan potensi teknologi baharu,termasuk memperkukuh pertukaran digital serantau," katanya.
"Transformasi digital serantau ASEAN dijangka mampu menjana sekitar USD2 trilion kepada KDNK serantau."
"Dengan kepakaran China,Jepun dan Republik Korea dalam bidang teknologi digital,potensi dan pulangan yang boleh dicapai amat besar,” katanya.
Tambah beliau,inisiatif tersebut turut menyokong matlamat Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi merapatkan jurang pembangunan,memperkasa pertumbuhan mampan serta memupuk keamanan melalui kepercayaan dan kerjasama.
Dalam masa sama,Datuk Seri Mohamad optimis kebijaksanaan bersama dan komitmen teguh terhadap dialog serta kerjasama mampu membawa rantau ini ke hadapan.
Ini khususnya dalam peningkatan unilateralisme dan nasionalisme yang dilihat cenderung mengetepikan kepentingan kolektif.