Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Lebih 20,000 kunjungi hari pertama PMR 2025 Terengganu

2025-07-11 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU,10 Julai-Lebih 20,000 pengunjung direkodkan pada hari pertama Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Terengganu di Pasar Kedai Payang,di sini.

Pelbagai inisiatif mesra rakyat berjaya menarik kehadiran orang ramai memeriahkan program tersebut.

PMR bertemakan Pembangunan Madani,Rakyat Sejahtera menekankan pembangunan seimbang fizikal dan kerohanian dengan pelbagai pengisian menarik sepanjang tiga hari penganjuran.

Sebanyak 24 reruai agensi persekutuan dan negeri menjadi tumpuan pengunjung.

Antaranya,reruai Kementerian Pendidikan yang mempermudah urusan pertukaran sekolah.

RELA pula menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma,manakala Kementerian Dalam Negeri menyediakan pameran perkhidmatan.

Pengunjung,Nasilina Deraman berkata,inisiatif ini memudahkan urusan tanpa perlu ke pejabat.

“Memang baguslah sebab memudahkan kerja.

Biasanya saya kena pergi ambil surat,hantar balik. Jadi datang sini lebih mudah,” katanya.

Seorang lagi pengunjung,Rabiatul Adawiyah Mat Tari pula menyarankan orang ramai mengambil peluang mendekati agensi kerajaan pada program ini.

“Saya mengesyorkan untuk semua warga Terengganu datang ke Program Madani Rakyat ini.

Kita boleh lihat sendiri peranan agensi kerajaan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu,Pengarah RELA Terengganu,Noraliza Majid berkata,anggota RELA terlatih turut menawarkan kemahiran lain melalui program TVET.

“Anggota RELA kita terlatih,memiliki skil TVET seperti baiki motosikal dan gunting rambut.

Hari ini kita hanya sediakan gunting rambut sahaja. Setakat ini 25 pelanggan sudah sertai,” katanya.

Kementerian Kerja Raya dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) menjadi penganjur utama program,dibantu Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) sebagai sekretariat induk.

Lebih 500 peluang pekerjaan,jualan rahmah,serta perkhidmatan terus agensi kerajaan turut disediakan.

Program Madani Rakyat akan diteruskan ke lima negeri lagi iaitu Kelantan,Negeri Sembilan,Kedah,Melaka dan Sarawak,menjadikan keseluruhan sembilan lokasi menjelang akhir tahun ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap