Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Sektor Perkhidmatan Profesional catat pertumbuhan produktiviti tertinggi

2025-07-15 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,15 Julai - Sektor Perkhidmatan Profesional Malaysia mempamerkan prestasi cemerlang apabila mencatatkan pertumbuhan produktiviti tertinggi mencecah RM94,964 bagi setiap pekerja tahun ini.

Jumlah itu melonjak daripada RM89,748 pada 2023,menjadikannya pertumbuhan tertinggi dalam tempoh lima tahun lepas.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam kenyataan memaklumkan,pencapaian tersebut,menghampiri purata aras nasional sebanyak RM100,000,menjadikan sektor itu antara penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi negara.

"Kejayaan ini membuktikan keberkesanan strategi pelaksanaan Nexus Produktiviti Perkhidmatan Profesional (PSPN) yang merangkumi subsektor utama seperti guaman,kewangan,kejuruteraan,seni bina,pengurusan dan pengiklanan," menurut kenyataan itu hari ini.

Ketua Pengarah MPC,Datuk Zahid Ismail berkata,pencapaian itu mencerminkan peranan penting subsektor Perkhidmatan Profesional dalam memacu ekonomi.

Ini terutamanya melalui peningkatan digitalisasi,pembangunan kemahiran tenaga kerja serta penambahbaikan kecekapan regulasi.

''Peningkatan tersebut menandakan Malaysia berada di landasan tepat untuk menjadi peneraju serantau dalam perkhidmatan profesional,'' katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap