Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia naik kepada 4.5 peratus 2025, 4.0 peratus 2026

2025-07-30 IDOPRESS

Foto fail

KUALA LUMPUR,30 Julai - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.5 peratus pada 2025 dan 4.0 peratus pada 2026.

Menurut IMF dalam kemas kini Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) edisi Julai 2025 yang diterbitkan hari ini bertajuk ‘Global Economy: Tenuous Resilience amid Persistent Uncertainty’,unjuran pada 2025 adalah 0.4 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran rujukan dalam WEO April 2025 dan 0.2 mata peratusan lebih tinggi pada 2026.

Katanya bagi pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi membangun,pertumbuhan dijangka sebanyak 4.1 peratus pada 2025 dan 4.0 peratus pada 2026.

“Berbanding unjuran pada April,pertumbuhan pada 2025 untuk China disemak semula sebanyak 0.8 mata peratusan kepada 4.8 peratus. Semakan ini mencerminkan aktiviti yang lebih kukuh daripada jangkaan pada separuh pertama 2025 dan pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS)-China yang ketara,” katanya.

Selain itu,katanya pertumbuhan China pada 2026 turut disemak semula sebanyak 0.2 mata peratusan kepada 4.2 peratus,sekali lagi mencerminkan kadar tarif efektif yang lebih rendah.

“Di India,pertumbuhan diunjurkan kepada 6.4 peratus pada 2025 dan 2026,dengan kedua-dua angka disemak semula,mencerminkan persekitaran luaran yang lebih baik berbanding jangkaan dalam unjuran rujukan April,” katanya.

Menurut IMF,walaupun terdapat ketidaktentuan global,negara lain perlu mengurangkan ketidaktentuan daripada dasar dengan menggalakkan rangka kerja perdagangan yang jelas dan telus.

“Kerjasama secara pragmatik amat penting dalam situasi apabila sesetengah peraturan dalam sistem perdagangan antarabangsa,dalam bentuk semasa,mungkin tidak berfungsi seperti yang dikehendaki.

“Ini melibatkan usaha dalam melaksanakan inisiatif pelbagai hala dalam isu global dan memodenkan peraturan perdagangan yang sesuai selain mencari penyelesaian secara plurilateral atau serantau dalam perkara lain,katanya rundingan dua hala dapat meredakan ketegangan perdagangan dan perlu mengurangkan halangan perdagangan dan pelaburan tanpa meningkatkan halangan terhadap pihak ketiga,yang boleh meningkatkan ketegangan dengan rakan perdagangan lain.

“Rundingan sedemikian perlu diteruskan dengan matlamat utama untuk menangani punca ketegangan: terutamanya ketidakseimbangan luaran yang berlebihan daripada pilihan dasar dalaman.

“Ini akan melibatkan mengenal pasti dan mengambil langkah untuk menyelesaikan cabaran yang wujud bagi mencapai penyelesaian yang lebih mampan.

“Subsidi yang meluas dan dasar perindustrian yang bertujuan melindungi eksport boleh melibatkan kos yang tinggi dan gangguan,bank pusat perlu menentukur dasar monetari dengan teliti mengikut keadaan sesebuah negara untuk mengekalkan kestabilan harga dan kewangan dalam situasi ketegangan perdagangan yang berpanjangan dan tarif yang berubah.

“Di negara-negara yang mengenakan tarif ke atas rakan dagangan -- sama ada dengan memulakan atau timbal balas -- langkah ini merupakan kejutan bekalan.

“Oleh itu,bank pusat di negara-negara tersebut berdepan dilema antara melindungi sektor sebenar dan mengelak jangkaan kenaikan harga secara sekali sahaja daripada menjadi inflasi yang tinggi secara berterusan. Dilema ini menjadi lebih ketara jika kadar inflasi melebihi sasaran,” katanya.

Menurut laporan itu,pelonggaran dasar monetari seterusnya akan bergantung pada bukti yang meyakinkan bahawa jangkaan inflasi dan inflasi kembali kepada sasaran.

“Negara yang tidak mengenakan tarif,sebaliknya,berdepan kejutan permintaan. Dalam situasi ini,bank pusat boleh mengurangkan kadar dasar secara berperingkat,” katanya. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap