Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

Kerajaan teliti potensi pelaksanaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga jangka panjang rendah karbon

2025-08-04 HaiPress

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat/ Foto RTM

KUALA LUMPUR,4 Ogos – Kerajaan sedang meneliti secara serius potensi pelaksanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga jangka panjang yang rendah karbon dalam mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Akmal Nasrullah Mohd Nasir memaklumkan,kajian pra-kebolehlaksanaan penggunaan tenaga nuklear telah dijalankan sejak Jun 2024 dan selesai Disember tahun yang sama.

Menurut beliau,kajian tersebut dilaksanakan oleh MyPower Corporation selaku organisasi pelaksana program tenaga nuklear negara,berpandukan pendekatan berfasa oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

“Kajian ini telah merumuskan bahawa penggunaan tenaga nuklear adalah berdaya maju untuk dilaksanakan dari segi teknikal dan berpotensi menjadi pilihan jangka panjang yang sesuai untuk campuran tenaga negara,” katanya di Dewan Rakyat,hari ini.

Tambahnya,sebanyak 24 penemuan utama dan 22 syor strategik telah dikenal pasti melalui kajian berkenaan,termasuk keperluan meneliti aspek keselamatan,sekuriti dan kawal gunaan nuklear (3S) selaras dengan piawaian antarabangsa.

Antara fokus utama fasa seterusnya ialah memperkukuh kesiapsiagaan infrastruktur tenaga nuklear negara,termasuk kerangka perundangan,penilaian lokasi,strategi libat urus bersama pemegang taruh serta pembangunan modal insan.

Kajian ini dilihat sebagai langkah strategik negara dalam memastikan semua proses berkaitan dilaksanakan secara teliti,selamat dan berpandukan data yang sahih sebelum membuat keputusan menyeluruh berhubung pelaksanaan tenaga nuklear dalam perancangan tenaga negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap