Rumah Permainan hiburan Produk Teknologi Perniagaan setiap minggu Gambar kereta Komuniti pemain Lebih

26 pegawai imigresen dibuang kerja, terlibat salah laku rasuah

2025-08-04 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,4 Ogos - Seramai 26 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dikenakan tindakan buang kerja tahun lalu selepas didapati terlibat dalam kes salah laku rasuah di pintu masuk negara termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jumlah itu meningkat berbanding hanya lapan pegawai yang dikenakan tindakan sama di bawah Peraturan 37 pada tahun 2023.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,pada tahun sama seramai 50 pegawai JIM berdepan siasatan berhubung dakwaan terlibat dalam sindiket 'phantom travel'seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Yang dilaporkan ini adalah tindakan yang telah kita ambil tidak kira siapa sekali pun. Kita memang tidak bertoleransi terhadap perbuatan jijik (rasuah) seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen besut Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh berhubung status siasatan dan tangkapan terhadap pegawai JIM yang terlibat dalam kegiatan kaunter `setting’ khususnya di KLIA yang dilaporkan sejak 2023.


Kesemua kes tersebut sedang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dua kes sudah dituduh di mahkamah.

Bakinya,ada yang disyorkan SPRM untuk turut dituduh di mahkamah; dikenakan siasatan dalaman serta siasatan kertas tadbir urus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Rangkaian Permainan Nut    Hubungi kami SiteMap